• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Bola Sepak Wanita Jalani Latihan Akhir KL2017

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 25 pemain bola sepak wanita kebangsaan hari ini disenaraikan ketua jurulatih, Mohd Asyraff Abdullah bagi menjalani latihan pusat fasa akhir sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), dari 19 hingga 30 Ogos.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata 23 pemain daripada kem latihan fasa ketiga Program Kita Juara 2017 dikekalkan, dan hanya seorang pemain baharu dipanggil iaitu Norshahira Suhaimi dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah bagi menggantikan Siti Nur Azzati Shaik Maznan (Kedah).

Kehadiran semula penjaga gol, Roszaini Bakar daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula menyaksikan Nurul Athirah Al Jafri, 17, dari SSM Sabah terpaksa digugurkan pada kem latihan selama enam minggu itu yang dijadual bermula 2 Julai depan.

Selain menjalani latihan yang akan berpusat di Pusat Jeonsa, skuad wanita Harimau Malaya turut akan menghadiri Kem Bina Semangat di Kem Asahan, Melaka bermula 9 hingga 12 Julai ini.

Sementara itu, beberapa siri perlawanan persahabatan bagi menguji kemampuan skuad bimbingan Mohd Asyraff itu turut akan diadakan sepanjang kem latihan pusat fasa akhir tersebut.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad wanita Harimau Malaya pada Sukan SEA adalah meraih pingat perak selepas tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah, Thailand pada edisi 1995.

Senarai 25 pemain:

————————-

Penjaga Gol – Asma Junaidi (Sarawak), Roszaini Bakar (ATM), Nurul Azurin Mazlan (Sabah).

Pertahanan – Nurul Husna Mohd Nazri (Kedah), Nurathirah Farhanah Zairi (Pulau Pinang), Malini Nordin (Perak), Mira Fazliana Aidi (Perak), Marcella Angela Parais (Pahang), Shereilynn Elly (Sabah), Usliza Usman (PDRM), Nabila Naim (PDRM),

Tengah – Nur Shazwina Shuib (Kedah), Jaciah Jumilis (Sabah), Masturah Majid (Sabah), Haindee Mosroh (Sarawak), Norsuriani Mazli (PDRM), Dadree Rofinus (MISC), Eslilah Esar (MISC), Nor Athirah Mamat (Sabah), Norshahira Suhaime (Sabah).

Penyerang – Nur Haniza Saarani (Perak), Puteri Noralisa Wilkinson (Pahang), JI. Fedalliah Claritta Jaimin (UMS), Siti Rohani Saptu (Sarawak), Angela Kais (PDRM).

– BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd