• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B-22 Layu Aksi Persahabatan Jelajah China

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Bawah 22 negara (B-22) bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan simpanan Guangzhou R&F pada aksi persahabatan kedua Jelajah China di Padang Latihan Bola Sepak Baining di Guangzhou, China, semalam.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Deng Zhiyao pada minit ke-21 dan Zhu Di pada minit ke-38, sebelum Mohd Safawi Rasid melakar dua jaringan untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pada minit ke-47 dan 53.

Terdahulu, kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain setelah Zeng Chao dan Sean Eugene Selvaraj menerima kad merah pada minit ke-44 kerana terlibat dengan pergaduhan.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Kim Swee mengakui beliau kurang berpuas hati dengan prestasi pemain yang diturunkan, namun memuji semangat tidak berputus asa yang dipamerkan anak buahnya.

“Saya berpuas hati kerana kita berjaya bangkit walaupun ketinggalan dua kali tapi secara keseluruhan, pemain masih belum membuktikan bahawa mereka boleh beraksi baik di peringkat lebih tinggi,” jelas jurulatih kelahiran Melaka itu.

Sehubungan itu, Kim Swee menuntut pemainnya untuk bangkit melakar keputusan positif pada aksi persahabatan terakhir menentang pasukan simpanan Guangzhou Evergrande, Khamis ini, sebelum skuad kebangsaan kembali ke tanah air pada Jumaat.

Terdahulu, skuad B-22 negara kalah 0-1 kepada skuad B-22 China pada aksi persahabatan sulung di Stadium Pusat Sukan Xiangtan, Jumaat lepas.

Jelajah China itu merupakan antara persediaan skuad B-22 negara bagi menghadapi pusingan Kelayakan AFC B-23 di Thailand, bulan depan, dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laksana Butang Panik Selewat-Lewatnya 31 Julai

Next Post

MH725 Alami Kerosakan Tayar, Selamat Mendarat

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

MH725 Alami Kerosakan Tayar, Selamat Mendarat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd