• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisa Makanan Ramadan Tanggung 180 Juta Mangsa!

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STATISTIK mutakhir mendedahkan lebih 270 ribu tan makanan yang tidak diusik dibuang setiap hari pada bulan Ramadan.

Untuk makluman: dua kilogram makanan diperlukan bagi menanggung seorang pelarian selama sehari. Jadi setiap hari, 180 juta pelarian kehilangan makanan di Malaysia.

Secara data: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan pada tahun ini terdapat 200 juta pelarian dan mangsa krisis kebuluran di seluruh dunia.

Di Syria, pelarian perang merebus semula kotak pakaian dan barangan dan dijadikan makanan akibat kelaparan. Dia Sub Afrika, lebih 60 juta mangsa kebuluran memamah daun, rumput dan rumpai sebagai makanan harian.

Status Ramadan sebagai bulan mulia mendedahkan sisi lain umat Islam di negara ini. Tahap pembaziran makanan berstatus tidak diusik atau layak dijamu ini memberi gambaran: Bagaimana semangat untuk berbuka puasa menjadikan umat Islam pembazir makanan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berkata berdasarkan jumlah pembuangan sisa itu, jumlahnya boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini.

Jika disusun longgokan makanan yang dibazirkan, tingginya bersamaan dengan 30 bangunan KLCC. Ketinggian Menara Berkembar Petronas itu ialah 452 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, secara purata setiap hari pada bulan Ramadan, 9,000 tan makanan dibuang begitu sahaja.

Ia gambaran serius sikap pembaziran. Paling membimbangkan apabila sekiranya sikap membazir ini petunjuk jelas mengenai budaya rakyat Malaysia.

Ingatlah firman ALLAH SWT dalam Surah Al A’raaf, ayat 3: “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Allah menegur lagi dalam Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27: “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”

Selain pembaziran di bazar Ramadan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengatakan: “Pembaziran makanan pada Ramadan berpunca daripada bufet. Separuh statistik ini datangnya daripada bufet hotel.”

Ingatlah! Hari ini lebih 65.3 juta pelarian sedang menghadapi kebuluran serius di rantau bergolak. Akses kepada sebutir beras pun amat payah.

#LaskarMalaya

Tags: #laskarmalayaramadanSisa Makanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aidilfitri: Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma

Next Post

Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd