• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Lapor Dua Kes Baharu Virus Zika

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Dua kes jangkitan virus Zika secara tempatan disahkan berlaku di Kensington Park Drive hari ini.

Menurut laman sesawang Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA), kedua-dua kes itu melibatkan penduduk kawasan berkenaan.

“Kluster baharu ini dimaklumkan hari ini dan NEA telah memulakan operasi kawalan vektor di kawasan kluster berkenaan,” kata agensi itu.

NEA berkata pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan pencegahan di kawasan terbabit sebelum kluster di Kensington Park Drive diumumkan bagi mengesan dan memusnahkan sebarang potensi habitat pembiakan nyamuk.

Kata NEA, kebanyakan mereka yang dijangkiti virus Zika tidak menunjukkan simptom dan ini meningkatkan risiko kemunculan semula Zika kerana ia akan mengambil sedikit masa sebelum kemunculan semula virus penyakit itu dapat dikesan.

Kluster Zika pertama di Simon Place berhampiran Kovan, di Hougang adalah kes pertama yang dilaporkan di Singapura tahun ini iaitu pada 29 Mac.

Selepas itu, muncul pula laporan di kawasan Flower Road dan Hendry Close pada 6 April , diikuti di Poh Huat Terrace dan kawasan Terrasse Lane pada 11 April, Glasgow Road (20 April), Highland Road dan Jansen Close (25 April) dan Parry Avenue di kawasan Serangoon Garden (9 Jun). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SESCO & Pihak Berkuasa Serbu Pub, Rumah Urut

Next Post

300 Lagi Pemandu Teksi, Kereta Sewa Terima Lesen

Related Posts

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

05/06/2025
0

PUTRAJAYA: Malaysia amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi...

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

05/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan...

Next Post

300 Lagi Pemandu Teksi, Kereta Sewa Terima Lesen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd