• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Si Cantik Penjual Aiskrim Sambut Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA lebih suka berdikari mencari duit sendiri terutama bagi membeli kelengkapan untuk Aidilfitri ini.

“Biarpun menunggang motosikal jual aiskrim dan kadang-kala terpaksa redah hujan dan panas, saya tak kisah,” kata Nor Syamimi Azhari, yang video dan gambarnya menjual aiskrim dengan motosikal tular di laman sosial.

Nor Syamimi, 22, yang juga penuntut tahun ketiga, Jurusan Pendidikan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu bapanya, Azhari Hashim , 50, menjual aiskrim di sekitar Pekan Kuah, Langkawi.

Menurutnya, dia tidak menyangka video dan gambar yang diambil pada Mac lalu dan dimuat naik di Facebook miliknya menggunakan nama Syamimi Azhari sejak semalam, tular di laman sosial.

“Saya sudah empat tahun membantu bapa menjual aiskrim yang saya lakukan ketika cuti semester.

“Pada awalnya, bapa ada bertanya kepada saya, tak malu ke nanti terutama dengan kawan-kawan. Saya kemudian beritahunya bahawa saya tidak peduli apa yang orang akan kata.

“Sebaliknya apa yang saya lakukan ini dapat membantu menambah pendapatan. Biasanya saya boleh dapat RM150 sehari dan dalam sebulan saya boleh dapat dalam lebih RM1,000.

“Apa yang penting kena rajin. Saya sukakan cabaran dan tahan lasak. Jadi, berniaga seumpama ini tidak menjadi masalah pada diri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari, ini.

Kata Nor Syamimi yang juga anak tunggal, peluang seperti itu turut diambil sepanjang Ramadan ini dan ketika umat Islam mahu menyambut Aidilfitri.

“Kebiaasannya pada hari biasa, saya mula berniaga pada 11 pagi hingga 5 petang manakala pada Ramadan bermula 5 petang hingga 8.30 malam.

“Pada Ramadan ini saya juga fokus pada mereka yang mengadakan majlis berbuka puasa,” katanya. Nor Syamimi menambah, dia juga akan menjual aiskrim sepanjang Adilfitri nanti bermula Aidilfitri ketiga.

“Biarpun orang lain masih sibuk berhari raya namun saya merancang untuk berniaga selain memfokus kepada mereka yang mahu mengadakan majlis rumah terbuka nanti.

“Selain dapat membantu ibu bapa, saya harap dengan berniaga ini juga saya dapat meringankan beban mereka terutama untuk membiayai pengajian yang masih berbaki setahun lagi,” katanya. – myMetro Online

Tags: aiskrimgadis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tarik Balik Aiskrim Haagen-Dazs

KKM Tarik Balik Aiskrim Haagen-Dazs

11/08/2022
0

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene...

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

07/04/2021
0

CHERATING - Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd