• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Harus Patuh Kepada Pengumuman Calon

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak diminta memberi sokongan dan taat setia kepada keputusan pucuk kepimpinan dalam menetapkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, 4 Julai ini.

Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof berkata seluruh jentera pilihan raya BN negeri mesti akur dan patuh kepada pemilihan calon yang akan diumumkan oleh Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dua hari sebelum proses penamaan calon, 20 Jun ini.

“Kita harus bergerak bersama-sama bagi memastikan calon BN dapat merampas kerusi DUN Pujut daripada pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita-Matang kepada surau-surau di kawasan Kampung Pinang Jawa, di sini, hari ini.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri ke-11, Mei tahun lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Sementara itu, Fadillah, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata projek-projek di bawah kelolaan kementeriannya di Sarawak kini berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kelewatan namun semua projek pembinaan jalan dan jambatan dijangka siap mengikut jadual.

Katanya, kerja pembinaan projek jalan empat lorong dari bulatan Emart, Matang ke Stapok, Batu Kawa termasuk pembinaan jambatan kini 93 peratus siap dan akan disiapkan sepenuhnya dalam tahun ini.

Sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo iaitu jarak antara Batu 10 dan Batu 15 Jalan Kuching-Serian, kini pada tahap 51 peratus siap, iaitu lewat tiga peratus daripada jadual, katanya.

Katanya, projek Jambatan Samarahan berada pada tahap 69 peratus siap, Jambatan Sungai Rimbas (93 peratus) manakala projek lain yang masih di peringkat penilaian, reka bentuk dan jajaran adalah projek Jejambat Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn, Jambatan Batang Rambungan dan Jambatan Batang Lupar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi

21/04/2018
0

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd