• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Kaya Tapi Sampah Terbakar Diuruskan BN

oleh
08/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab tidak selesai walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali ‘sembang hebat’ konon Selangor negeri kaya.

Sebaliknya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terpaksa keluar kos sebanyak RM16 juta untuk menimbus sampah seluas lima hektar yang menyebabkan kebakaran besar sejak 14 Mei lalu.

Walhal semua maklum soal pengurusan sampah di Selangor merupakan tugas negeri sehinggakan lori kutipan sampah yang sebelum ini diuruskan Alam Flora diambil alih oleh kontraktor lantikan pihak kerajaan negeri itu.

Malah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar sanggup ‘turun padang’ melihat sendiri usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat memadan kebakaran sampah di situ semalam.

“Azmin kata Selangor ada rezab berbilion-bilion ringgit, maka tidak akan jadi kesukaran sepatutnya bagi pihak kerajaan negeri keluar perbelanjaan untuk kambus semula tapak demi keselamatan penduduk,” kata beliau.

Beliau yang meninjau tapak kebakaran itu berkata kewujudan tapak pelupusan sampah yang beroperasi sejak 10 tahun itu menyebabkan masyarakat di sekitarnya termasuk jirannya, Putrajaya berhadapan masalah kesihatan.

Ia ekoran ramai penduduk terpaksa menghidu asap pembakaran sampah berpunca dari kawasan tersebut. Manakala Azmin pula dilaporkan sehingga kini belum pernah datang jenguk kawasan terbabit sejak isu itu bermula bulan lalu.

Kata Noh lagi yang dipetik AgendaDaily, sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azmin termasuk mengambil langkah menutup serta-merta tapak pelupusan sampah berkenaan.

“Ekoran itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa keluar peruntukan sebanyak RM10,000 sehari bagi operasi padam kebakaran. Kegagalan Selangor mengatasi masalah ini telah menyusahkan seluruh rakyat Selangor.

“Inilah akibat sikap menteri besar sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar kepada rakyat,” kata Noh kesal dalam sidang akhbar selepas meninjau keadaan tapak pelupusan sampah itu pada Rabu.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing; Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Kebakaran sejak 14 Mei lalu itu telah menyebabkan asap tebal menyelubungi Putrajaya dan sekitar Sungai Merab sehingga memaksa pesawat milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dikerah untuk memadam kebakaran.

Mengulas lanjut, Noh menjelaskan, tindakan pertama yang perlu diambil untuk mengatasi kebakaran tapak pelupusan itu adalah mengambus semula kawasan dan ia memerlukan kos perbelanjaan sehingga RM16 juta.

Noh namun berkata, kerajaan Selangor enggan menandatangani Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 untuk menyerah isu pengurusan sampah kepada Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Ia sekali gus telah menyebabkan masalah sampah di negeri termaju itu tidak pernah selesai sehingga kini malah senario jauh berbeza dengan negeri jirannya yang ditadbir cemerlang kerajaan BN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Azmin AliNoh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Jangan Kutuk Cik B Hitam!” – Datuk Seri Vida

Next Post

Suami Campak Isteri, ‘Hantu’ Dipersalahkan

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Next Post

Suami Campak Isteri, 'Hantu' Dipersalahkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd