• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Bawa Aduan Rasuah Penjawat Awam Kepada SPRM

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersedia menerima sebarang aduan tentang salah laku dan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negeri ini dan membawanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.

Bagaimanapun, katanya, sebarang aduan itu perlulah disertakan dengan bukti kukuh termasuk butir terperinci mengenai perbuatan itu.

“Mana-mana pegawai di Jabatan Ketua Menteri di seluruh kerajaan negeri (jika rasuah), YB (Yang Berhormat) beritahu saya dengan bukti siapa, di mana, berapa jumlahnya… beritahu dengan tepat dan tuntas. Ayuh kita bersama lapor kepada SPRM. Kiita tidak mahu pegawai seperti ini mentadbir dan mengurus urusan kerajaan.

“Kita jauhi gejala rasuah dan kita tolak mana-mana mereka yang amal rasuah…mana-mana yang terbabit salah guna kuasa dengan jawatan yang dipegang, kita tolak mentah-mentah. Tetapi (terdapat kes) setelah tuduhan dibuat (terhadap) pegawai, (tuduhan itu) tiada kaitan dengan jawatan dipegang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulung ucapan penangguhan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Ayer Keroh di sini.

Ketika ditemui pemberita di luar persidangan itu, Idris berkata bukti kukuh dan tepat yang disertakan bagi setiap tuduhan rasuah dalam kalangan penjawat awam negeri ini adalah penting bagi memastikan tuduhan itu adalah benar dan bukan fitnah semata-mata.

“Tidak boleh hanya cakap orang ini ada buat rasuah dan terus lapor, dan tiba-tiba orang itu tiada rasuah maka itu telah menjadi satu fitnah. Saya sendiri akan lapor kepada SPRM bila mendapat bukti yang sahih,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aduan RasuahDatuk Seri Idris HaronSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu melibatkan MYEG dan Zetrix...

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kampar, Chong Zhemin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peranan Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd