• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi ‘Haram’ Semua Tulisan Yusuf Al-Qaradawi

oleh
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengarahkan semua buku tulisan ulama ulung, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dikeluarkan daripada kurikulum pendidikan menengah dan universiti.

Ini setelah nama ulama tegar Mesir dan berkerakyatan Qatar itu dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai pengganas bersama-sama lagi 59 individu lain yang ada kaitan dengan pemerintah Doha, lapor Al Arabiya.

Menteri Pendidikan Arab Saudi, Dr. Ahmed Mohammed Al-Issa mengeluarkan arahan itu demi memastikan tiada buku dan bahan tulisan Yusuf di mana-mana perpustakaan universiti, kolej, sekolah dan jabatan pendidikan.

Jika terdapat mana-mana buku tulisan ulama berkenaan, beliau berkata, pihak berkuasa akan memastikan ia ditarik balik. Penulisan Yusuf, 90, juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan pada masa akan datang.

Ini kerana ia mungkin berbahaya terhadap pembentukan pemikiran pelajar sekolah dan universiti disebabkan sensitiviti dan pentingnya topik tersebut terhadap keharmonian masyarakat Arab Saudi, lapor laman Al Arabiya.

Ahmed sudahpun mengharamkan buku hasil tulisan pihak dan golongan intelek yang dikaitkan dengan fahaman berbahaya dan pelampau, malah turut memaklumkan kepada ketua pentadbiran sekolah awam dan swasta.

Ia supaya jangan membenarkan mana-mana buku atau penerbitan dimasukkan ke dalam koleksi perpustakaan sekolah menerusi derma, persatuan atau ibu bapa, kecuali diluluskan oleh Agensi Ehwal Sekolah Arab Saudi.

Pihak berkuasa juga sudah memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa dalam setiap jabatan kementerian bagi menjalankan lawatan ke sekolah. demi memastikan sekolah bebas daripada buku yang langgar undang-undang.

Kementerian itu juga menekankan pentingnya pemilihan pegawai untuk menguruskan sumber pembelajaran datang dari karyawan yang boleh diyakini dan berpengalaman dengan fahaman moderat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiQATARYusuf al-Qaradawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd