Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Isu Integriti Dan Ketelusan”

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tertarik dengan beberapa laporan mengenai kesahihan latar belakang...

MH370: Satu Lagi Serpihan...

KUALA LUMPUR - Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370...

Warga Emas Maut Kereta...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya melanggar...

2 Penyerang Pemandu Bas...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang video mereka menyerang seorang pemandu bas pelancong...

SAR Cari 6 Anak Kapal Indonesia Di Tanjung Pengelih

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat enam kru kapal tangki yang meletup dan dipercayai tenggelam di Tanjung Pengelih dekat Pengerang semalam, diteruskan hari ini dengan kekuatan pasukan 60 anggota.

Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi yang bermula 8 pagi tadi melibatkan anggota dan pegawai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan Johor.

“Keluasan pencarian lebih kurang 40 batu nautika persegi merangkumi perairan Tanjung Stapa hingga perairan Teluk Ramunia,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini.

Selain itu katanya, usaha mengawal tumpahan minyak yang dipercayai berasal dari kapal tanki itu turut diteruskan.


“Buat masa ini tumpahan minyak dapat dikawal Jabatan Laut. Mereka telah sembur bahan kimia bagi tujuan mengawal tompokan minyak itu daripada merebak ke tempat lain,” kata Sanifah.

Semalam, enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila kapal tangki mereka meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih. – BERNAMA

Kategori