• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai, Terengganu semalam, sangat berminat menjadi juruterbang dan berkhidmat untuk negara sehingga sanggup menamatkan awal pengajiannya di universiti untuk mengejar cita-citanya itu.

Hal tersebut diceritakan rakan sekerjanya Mejar Hassan Basri Tajul Arifin, 38, yang berkata Allahyarham sanggup menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) lebih awal semata-mata kerana minatnya itu.

“Kami bersama-sama dalam satu skuad pada 2001 sebelum kami berpecah pada 2003 kerana dia memilih menjadi juruterbang tempur manakala saya menjadi juruterbang pesawat komersial, dan saya memang dah menjangkakannya kerana itu sememangnya cita-cita beliau dari dulu,” katanya kepada pemberita setelah selesai urusan pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini hari ini.

Hassan Basri berkata mereka tidak pernah putus hubungan sejak itu dan masih saling berhubung sehinggalah sebelum nahas tersebut.

Beliau juga berkata Allahyarham adalah seorang yang bertanggungjawab serta sangat mengambil berat terhadap masalah rakan-rakannya.

“Sifat Allahyarham yang periang dan sering memberi tunjuk ajar yang berguna dalam menyelesaikan masalah adalah perkara yang akan saya selalu rindui,” katanya.

Sementara itu abang sulung Allahyarham, Yusfi Mohamed Yusof, 52, berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini, sudah hilang kemeriahannya buat keluarga mereka ekoran pemergian adiknya itu.

Yusfi , seorang jurutera di sebuah syarikat swasta berkata kali terakhir beliau bertemu adik bongsunya itu adalah pada awal Ramadan lepas.

“Saya terkejut pada waktu itu kerana dia membawa durian dan popia ketika berbuka bersama kerana saya tidak menggemarinya.

“Tetapi selepas dipujuk, akhirnya saya mengalah dan mencuba makanan tersebut,” katanya

Yusfi berkata tiada sebarang perubahan sikap yang ditunjukkan adik bongsunya daripada empat beradik itu ketika dia bersama sekeluarga dan itulah kali terakhir mereka bertemu atas faktor kerja memandangkan Allahyarham terpaksa berulang-alik dari Kuantan ke Labuan.

Semalam, Yazmi, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, disahkan meninggal dunia selepas pesawat Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai.

Jenazah kedua-dua mangsa ditemui pada 2.30 perang, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Udara Kuantan dalam keadaan masih memakai payung terjun.

Mayat kedua-dua pegawai TUDM itu ditemui dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain sebelum dibawa keluar dari kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter. – BERNAMA

Tags: Mejar Yazmi Mohamed Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd