• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahuddin Ingatkan Kaum Cina Bagi Melayu Limau!

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kaum Melayu bahawa kaum Cina masih sanggup berkongsi keceriaan perayaan mereka dengan mengedarkan limau kepada kaum Melayu walaupun mereka menerima layanan buruk daripada segelintir orang Melayu pada bulan Ramadan.

Sehubungan itu, TImbalan Presidennya, Salahuddin Ayub meminta kaum Melayu supaya menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk mereka melakukan amal kebaikan seperti kaum Cina tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

“Sewaktu bulan Ramadan kita halang mereka edar kurma, bila tiba Hari Raya Cina, mereka masih sudi untuk berkongsi keceriaan perayaan mereka dengan edaran limau kepada semua tanpa mengira bangsa dan perbezaan.

“Sangat mengharapkan dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini kita perhebatkan hubungan kita kepada Tuhan dan juga hubungan sesama manusia. Saya percaya kita rakyat Malaysia yang lebih baik dan bertamadun daripada apa yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden pemimpin DAP dihalang oleh orang Melayu termasuk seorang imam dairpada memasuki sebuah Bazar Ramadan di Johor dengan alasan untuk memberi sumbangan buah kurma kepada umat Islam di situ baru-baru ini.

Kaum Melayu terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tidak mahu DAP mengambil kesempatan daripada bulan puasa untuk berkempen di Bazar Ramadan yang menjadi tempat untuk umat Islam menjual dan membeli juadah berbuka puasa.

Salahuddin seterusnya mengingatkan rakyat Johor beragama Islam supaya memiiki akhlak yang tinggi dalam kehidupan kerana perbuatan seperti itu didakwa mencemarkan imej Islam dalam bulan puasa.

“Kita rakyat Johor dan Malaysia perlu mencontohi akhlah Nabi Muhammad SAW dalam berhadapan dengan pelbagai pihak,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd