• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Perkenal Bayi Kembarnya Yang Comel

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CRISTIANO Ronaldo telah mengesahkan bahawa dia kini adalah bapa kepada pasangan kembar kebetulan selepas Portugal tersingkir daripada Piala Konfederasi yang berlangsung di Rusia.

Ronaldo, yang sudah mempunyai seorang anak daripada hubungan sebelum ini, mengesahkan berita itu dalam catatan Facebook berikutan kekalahan Portugal menentang Chile di peringkat separuh akhir baru-baru ini.

Dia dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama-sama dengan anak kembarnya itu namun akan terlepas perlawanan play-off penentuan tempat ketiga antara Portugal dan Mexico.

Dalam postingnya di Facebook, Ronaldo menyatakan penghargaannya kepada FA Portugal yang mengizinkannya untuk bersama dengan anaknya yang baharu lahir.

Ronaldo berkata: “Saya sedang berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, seperti biasa, jiwa dan raga, walaupun dua anak saya dilahirkan.

“Malangnya, kami tidak dapat mencapai matlamat utama yang kami mahukan, tetapi saya yakin kami akan terus memberi kegembiraan kepada orang-orang Portugis.

“Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugis dan pemilih kebangsaan hari ini menunjukkan sikap yang telah menyentuh saya dan saya tidak akan melupakannya.

“Saya sangat gembira akhirnya dapat bersama anak-anak saya buat kali pertama.”

Ronaldo juga buat pertama kali telah memperkenalkan pasangan kembarnya di laman Instagram, awal pagi Jumaat.

Dalam pada itu, FA Portugal juga mengeluarkan kenyataan, menyampaikan pujian kepada Ronaldo yang tetap mahu bermain untuk pasukan kebangsaan walaupun dengan kelahiran bayi kembar.

“Presiden dan pasukan kebangsaan telah dimaklumkan sebelum Piala Konfederasi oleh kapten pasukan, Cristiano Ronaldo, bahawa dia telah menjadi seorang ayah.

“Atlet ini, walaupun dengan kelahiran anak-anaknya,sanggup berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, sesuatu yang mesti dipuji.” – mStar Online

Tags: bayiCristiano Ronaldo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd