• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan Besar-Besaran Semua Bahagian Lepas Raya

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan besar-besaran peringkat atasan di semua bahagian di Bukit Aman dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 anggota dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.

“Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.

“Tetapi suka juga saya nyatakan bahawa dalam tempoh terdekat ini PDRM akan membuat rombakan besar di peringkat atas, mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Warga PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata pertukaran dalam PDRM merupakan perkara biasa dan hanya sesekali pertukaran ‘luar biasa’ akan dilakukan.

Mengenai kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khalid berkata polis masih lagi menjalankan siasatan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan jadi tunggulah sehingga selesai siasatan kemudian kita akan bentangkan kes kepada Peguam Negara tidak lama lagi,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Susulan kejadian itu, polis telah mereman 36 penuntut UPNM termasuk empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang yang berusia 20 hingga 21 tahun.

Pelajar Uniten itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: rombakanTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rombakan Kabinet Esok’

‘Rombakan Kabinet Esok’

11/12/2023
0

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengumumkan rombakan Kabinet esok. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Istiadat Mengangkat Sumpah...

PM Dijangka Rombak Kabinet, 3 Menteri Bakal Gugur

03/01/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merombak Kabinet dalam masa terdekat dengan tiga orang menteri dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd