• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risda: RM200 Juta Dividen RTBB Belum Dituntut

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masih memberi peluang kepada 1,423 pewaris Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menuntut sejumlah RM200 juta dividen terkumpul yang tidak dituntut sejak 1974.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pewaris, terutama anak peneroka RTBB, layak membuat tuntutan terhadap dividen berkenaan walaupun ibu atau bapa mereka telah meninggal dunia.

“RISDA sebelum ini telah cuba menghubungi waris terbabit menerusi pelbagai cara termasuklah menerusi surat dan iklan dalam akhbar, namun masih tidak berkesan.

“Kita tidak mahu menyimpan dividen berkenaan lebih lama dan mahu memulangkannya kepada pewaris yang berhak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen RTBB RISDA Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini, hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan RISDA Nasarudin Malek itu, seramai 662 pekebun kecil getah menerima wang dividen RTBB melibatkan peruntukan lebih RM1.4 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Jazlan YaakubDividen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd