• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod 100M Zaidatul Belum Diiktiraf – Karim

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih belum mengesahkan catatan 11.45 saat yang dilakukan Zaidatul Husniah Zulkifli di Afrika Selatan pada 9 Mac lepas, untuk diiktiraf sebagai rekod kebangsaan.

Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim menjelaskan pihaknya masih menunggu dokumen berkaitan penjelasan teknikal daripada pihak penganjur Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan untuk mengiktiraf catatan itu.

Justeru, beliau berkata rekod kebangsaan acara 100 meter wanita, masih milik bekas pelari pecut kebangsaan, G. Shanti dengan catatan 11.50s yang dilakukan pada 1993.

“Bagi mengesahkan rekod ini, kita perlu mempunyai dokumen yang berkaitan, terutamanya imej, arah angin, masa dan sebagainya. Kita sudah memaklumkan kepada Persatuan Olahraga Afrika Selatan (SAAA) dan sehingga kini mereka belum memberikan apa-apa dokumen kepada kita.

“Saya amat kecewa dengan penganjur kerana tidak memberikan kita dokumen yang diperlukan. Tidak adil kepada atlet apabila mereka mempamerkan prestasi yang baik tetapi rekod mereka tidak diiktiraf disebabkan kecuaian pihak penganjur,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Pemilihan Sukan SEA KOM di Wisma OCM di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar Afrika Selatan melaporkan bahawa SAAA bakal menyiasat kesahihan masa pada kejohanan tersebut yang mencurigakan apabila lebih 60 peratus peserta mencatat masa peribadi terbaik bagi acara pecut dan lari berhalangan.

Karim berkata walaupun rekod Zaidatul itu masih belum diiktiraf, pelari pecut berusia 23 tahun itu masih boleh menggunakannya sebagai catatan masa terbaik peribadinya.

Zaidatul melakukan catatan itu ketika sesi jelajah Afrika Selatan dengan meraih tempat kedua di belakang pelari tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg dengan masa 11.48s. – BERNAMA

Tags: Zaidatul Husniah Zulkifli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd