• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Reman 4 Datuk Dilanjut, 2 Dibebaskan

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap empat individu bergelar Datuk.

Lanjutan tahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pinjaman ahli koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), lapor Berita Harian.

Selain empat individu terbabit, dua lagi yang juga sepasang suami isteri sebelum ini direman bersama dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan dua penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman disambung ke atas empat suspek terbabit sehingga 17 Jun.

Sebelum ini, enam individu berkenaan berusia antara 42 hingga 68 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Mereka yang ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor pada 6 Jun lalu adalah ahli lembaga pengarah Koperasi Telekom Malaysia (KOTAMAS).

Kesemua mereka terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada sebuah syarikat pembekal.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki memperdaya lebih 450 ahli koperasi di bawah naungan mereka yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lanjutmahkamahremanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd