• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Lancarkan Kempen Keselamatan J/Raya

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamlullail berkenan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri di tapak Bazar Ramadan Arau, semalam.

Kempen bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat – Keselamatan Tanggungjawab Kita Bersama’ dilaksanakan mengikut konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan pelbagai agensi kerajaan.

Antaranya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan Kesxelamatan Sosial (Perkeso).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah agensi-agensi kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu membantu JKJR dan MKJR mengurangkan kemalangan dan menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna.

Pada kempen itu, JKJR dan Perkeso menyumbangkan 50 unit topi keledar kepada penunggang motosikal serta melekat stiker pantulan cahaya di motosikal dan mengedar risalah tip keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Bersempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan zakat MAIPs kepada 40 orang asnaf terpilih di sekitar Arau dengan etiap seorang menerima RM600.

Baginda kemudian berkenan melakukan ‘Walkabout Keselamatan Jalan Raya’ dengan diiringi puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd