Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Bekas Mufti Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, 79, meninggal dunia...

Saringan PABM 2015: Peserta...

BANGI - Peringkat saringan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015...

PRU14 Medan Terbaik UMNO,...

KUALA LANGAT – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

VIDEO: iPhone 6 Plus...

Antara perkara paling ditunggu-tunggu kaki gajet adalah pelancaran siri terbaru telefon bimbit keluaran...

Putera Mahkota Saudi Derma 250j Riyal Atasi Taun Yaman

RIYADH – Putera mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berkenan menyumbang sebanyak 250 juta riyal (kira-kira RM286 juta) bagi memerangi wabak taun di Yaman.

Negara jirannya tersebut kini berdepan dengan gabungan tentera yang diterajui pihak Arab Saudi sendiri sedang sengit bertempur dalam operasi perang yang dituduh sebagai penyebab kepada bencana kemanusiaan itu.

Sumbangan kecemasan tersebut dihulurkan menerusi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi memenuhi permintaan kedua-dua organisasi antarabangsa tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Arab Saudi, ia bakal bantu “memberikan respons berkesan terhadap keadaan taun di Yaman, melalui gabungan kegiatan air, kebersihan dan jagaan kesihatan.”

Jumlah kes yang disyaki bagi penyakit itu, yang disebabkan oleh pencemaran air atau makanan akibat najis dilaporkan mencecah 179,548 sehingga 20 Jun lalu, dengan angka korban seramai 1,205, menurut WHO.


Ketua kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien menyifatkan wabak taun sebagai “bencana buatan manusia” disebabkan oleh pihak bertelagah bertempur dalam perang saudara di Yaman dan negara lain yang turut menyokongnya.

Negara miskin di rantau Asia Barat tersebut mengalami keruntuhan ekonomi ketika berperang selama dua tahun, yang menyebabkan 19 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori