• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulangan Prasarana Dijangka Cecah RM17 Bilion

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pulangan ekonomi yang bakal dijana Prasarana Malaysia Bhd tahun ini dijangkakan mencapai RM17 bilion berbanding RM13.3 bilion tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jumlah ini dijangkakan bertambah menjelang 2030 apabila jumlah pengguna yang menggunakan pengangkutan awam meningkat kepada 40 peratus berbanding 21 peratus setakat ini.

“Amat penting bagi setiap dari saudara saudari sekalian menyedari bahawa tugas yang anda jalankan amat kritikal untuk negara.

“Apabila saudara-saudari datang memulakan kerja setiap pagi, ingatkan pada diri bahawa ini bukan sekadar kerja, malah bakti kepada bangsa dan negara,” katanya pada majlis khas Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama warga kerja Kumpulan Prasarana Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia telah mencatat sejarah menerusi pelaksanaan pelbagai projek pengangkutan awam secara terancang dan teratur.

Najib berkata landskap pengangkutan awam negara bermula dengan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai badan induk pengawalseliaan Pengangkutan Awam, diikuti projek-projek seperti penyambungan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) yang bakal siap sepenuhnya Julai ini.

Selain itu, beberapa projek lain turut dilaksanakan seperti projek LRT 3, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura, dan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Saya juga telah memilih tarikh yang sesuai untuk melancarkan fasa kedua MRT (laluan Kajang – Sungai Buloh) pada 17 Julai ini.

“Tarikh ini akan kekal dalam sejarah negara kita kerana inilah gambaran ‘pengangkutan moden masa depan di Malaysia,” katanya.

Projek fasa kedua MRT tersebut berjaya dilaksanakan mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan.

“Pada masa yang sama kita juga mewujudkan perkhidmatan bas yang lebih cekap, dipercayai dan mampan untuk memudahkan perjalanan merentas negeri dan daerah,” katanya.

Najib berharap sistem pengangkutan awam dekat di hati rakyat, dan mengharapkan tiada sebarang kecacatan pada sistem tersebut sehingga menyebabkan perkhidmatan terganggu.

“Kita mesti mempunyai penanda aras yang cukup tinggi sehingga sifar masalah… dan untuk kita mencapai sifar masalah, kita mesti tentukan budaya berprestasi tinggi.

“Anda mesti berbangga dengan kerja anda, kerana apabila anda berbangga dengan kerja anda, anda akan menyampaikan kualiti, kecekapan dan ketepatan,” katanya.

Najib berkata Malaysia mahu melahirkan warga kerja yang bermutu tinggi dan cekap dalam tugasan, di samping komited untuk tidak melakukan kesilapan.

Kira-kira 2,600 warga kerja Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya hadir pada program khas tersebut yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz..

Ia merupakan platform untuk berkongsi pandangan berhubung pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pengangkutan awam negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPrasarana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Tentera Myanmar Hilang Ditemui, 120 Maut

Next Post

Idris Jala Hadir Untuk Kumpul Maklumat FGV

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Idris Jala Hadir Untuk Kumpul Maklumat FGV

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd