• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU UK: Mimpi Ngeri Buat May Sendiri

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Keputusan pilihan raya di United Kingdom (UK) pada Khamis memberi kejutan dan “mimpi ngeri” kepada Perdana Menteri, Theresa May kerana parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, pilihan raya itu membawa kegembiraan kepada pemimpin parti Buruh, Jeremy Corbyn kerana parti yang diterajuinya mencatatkan pencapaian yang agak memberangsangkan.

Keputusan itu bakal melakar sejarah dengan Corbyn mempunyai peluang yang hampir sama rata dengan May untuk menjadi perdana menteri.

Perkembangan ini berlaku ketika UK, dalam masa 11 hari, dijangka mengadakan rundingan dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengenai pengunduran Britain daripada blok benua itu.

Para pemerhati meletakkan jumlah kerusi yang kemungkinan dimenangi oleh Konservatif ialah 314 (Konservatif dapat 318) dan Parti Buruh 266 (Buruh peroleh 262).

Pada satu ketika semasa liputan oleh BBC, pengulas pilihan raya veteran BBC David Dimbleby mencemuh Emily Thornberry yang dinamakan sebagai setiausaha dalam negeri dalam Kabinet bayangan Parti Buruh apabila membayangkan tentang kemungkinan Parti Buruh membentuk kerajaan.

Situasi sekarang menyebabkan May kini bergantung kepada pengundi di Ireland Utara untuk mengekalkan cengkaman selepas pilihan raya.

Ahli-ahli politik kanan parti Buruh berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi Corbyn membuktikan kemampuannya bagi mengenepikan saingannya.

Jika ada apa-apa yang menjadi pengajaran daripada pilihan raya ini ialah politik telah berubah dan bahawa media arus perdana tidak lagi memainkan peranan seperti sebelumnya. Corbyn telah lama berjuang sebagai “underdog” di peringkat akar umbi dengan bersuara melalui Twitter.

Seorang pengulas politik membuat kesimpulan mengenai perkembangan sekarang seperti keadaan politik negara itu seolah-oleh kembali pada tahun 1970-an.

Istilah Corbynistas digunakan untuk merujuk kepada pengundi muda yang menunjukkan kebangkitan dan pelajar yang sudah bosan dengan politik “orang besar” dan pembayaran bonus yang lumayan sedangkan rakyat tidak mempunyai perumahan dan menikmati perumahan yang selesa.

Mereka bersuara bukan mengenai proses Brexit tetapi mengenai isu perumahan, potongan perbelanjaan dan kesihatan negara.

Dalam masa sebulan bagi memanggil pilihan raya mengejut itu, pendapat umum mula memberi rangsangan kepada parti Buruh.

Corbyn menjelajah ke seluruh negara dan berucap pada perhimpunan yang belum pernah berlaku dihadiri oleh orang ramai.

(Kali terakhir situasi seperti itu berlaku ialah semasa era Winston Churchill).

Pada akhirnya, pungutan pendapat menunjukkan bahawa Corbyn menjadi favourite bagi menyandang jawatan perdana menteri dan isu-isu nasional, bukan Brexit, menjadi isu utama sebelum pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya.

Politik telah berubah di Britain dan akan mencetuskan situasi yang bakal mendebarkan pada minggu-minggu akan datang. – BERNAMA

Tags: Britaintheresa may
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd