• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Promosi Tiga Juta Tempat Duduk AirAsia Kembali

oleh Ahmad Albab
09/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia kini menawarkan kembali promosi kira-kira tiga juta tempat duduk percuma bagi kempen terbaharu untuk tempoh perjalanan antara 15 Januari-28 Ogos 2018.

Tempahan yang boleh dibuat mulai hari ini sehingga 11 Jun, 2017, membolehkan pelanggan menikmati tambang serendah RM0 ke destinasi-destinasi termasuk dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Surat Thani, dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Singapura serta dari Johor Bahru ke Terengganu.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata tawaran tempat duduk percuma itu merupakan peluang terbaik yang perlu dimanfaatkan orang ramai untuk merancang jadual percutian mereka bagi tahun depan.

“Menerusi tawaran ke pelbagai destinasi menarik itu, ia amat sesuai dijadikan peluang untuk mereka bercuti panjang atau singkat pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penumpang yang menaiki AirAsia X juga berpeluang menikmati tambang serendah RM199 bagi destinasi Kuala Lumpur ke Perth dan Chongqing selain dapat menggunakan kemudahan katil rata premium yang mendapat anugerah, untuk destinasi dari Kuala Lumpur ke Beijing, Shanghai, Osaka, Busan, Auckland, Gold Coast dan destinasi lain pada tambang hanya RM899.

Malah tawaran kemudahan katil rata di bawah ‘The Premium Flatbed’ serta ‘Premium Flex’ itu turut disertakan dengan insurans perjalanan bagi semua penerbangan terus dari Malaysia ke Thailand.

Pemegang kad prabayar BIG AirAsia boleh membuat tempahan di airasia.com, AirAsiaGo dan AirAsia Expedia manakala pemegang akaun Citibank di Malaysia pula akan mendapat tawaran eksklusif yang mana 100 tempahan pertama harian dengan Kad AirAsia-Citi berpeluang menerima hadiah baucar elektronik RM50 AirAsia. – BERNAMA

Hahaha @audreypetriny filmed me secretly. As it was worlds cabin crew day and flight was full flight decided to help out. Thank you to all my crew for alll their hard work. Ps love the shirt @vjdaniel . What a talent.shirt was bought for me by @andrewwongo06 when I asked him about in singapore .

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on May 31, 2017 at 5:04am PDT

Tags: AirAsiapromosi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd