KUALA LUMPUR – Sempena musim perayaan, syarikat konsesi lebuh raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menawarkan diskaun kepada pengguna.
Lebuh raya di bawah Prolintas adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).
Pengguna lebuh raya ini bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pemberian diskaun ini melibatkan semua jenis kenderaan iaitu Kelas 1 hingga 5 bermula
dari jam 6 pagi hari Ahad, 25 Jun 2017 dan berakhir jam 6 pagi hari Isnin, 26 Jun 2017, kata Prolintas dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

