• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program UMNO Bantu Rakyat Tanpa Prejudis Politik

oleh Ahmad Albab
20/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Program UMNO Bantu Rakyat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilaksanakan tanpa prejudis dengan mereka bukan penyokong UMNO turut mendapat manfaat dari pemberian sumbangan disediakan kerajaan yang ditunjangi parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata meskipun terdapat rakyat berbeza ideologi politik namun kerajaan tidak meminggirkan golongan itu dan turut memberi pelbagai bentuk sumbangan.

“Sehubungan itu, penyokong bukan UMNO atau seluruh rakyat boleh menilai sendiri parti mana yang bersandarkan kaca atau permata.

“Rakyat adalah hakim yang boleh memilih parti yang sarat dengan kebajikan atau parti yang sarat dengan fitnah dan adu domba,” katanya ketika ditemui pemberita pada program ziarah kasih Ramadan di sini hari ini.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata rakyat tidak seharusnya memilih parti ‘kaca’ yang hanya cantik dilihat namun apabila jatuh, ianya akan berderai namun parti ‘permata’ akan kekal sebagai permata.

“Kita tidak mahu rakyat tertipu dengan orang tertentu yang menjadi pemimpin untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi.

Saya berharap agar rakyat, khususnya di Semporna akan terus memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan perdana menteri,” katanya lagi.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Azeez berkata beliau telah diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Semporna, termasuk di Dewan Undangan Negeri Bugaya.

Katanya, program ini telah diadakan di 57 parlimen seluruh negara dan terdapat 10 parlimen lagi akan dijelajah bagi memberi manfaat kepada golongan asnaf, fakir miskin dan golongan yang memerlukan.- BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan BN Mesra Pelabur, Terus Alu-Alukan FDI

Next Post

Kerajaan Akan Tumpu Eksport Sektor Perkhidmatan

Related Posts

Azeez Nafi TH Langgar Akta Dalam Pemberian Hibah

11/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bahawa pengurusan TH...

Rasuah: Reman Azeez, Abangnya Disambung 6 Hari

29/09/2018
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Next Post

Kerajaan Akan Tumpu Eksport Sektor Perkhidmatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd