• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRETORIA – Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, menafikan laporan media tempatan kononnya beliau memiliki sebuah ‘istana’ di Emiriah Arab Bersatu yang dibeli sebuah keluarga berpengaruh di negara teluk kaya-raya itu.

Tuduhan rasuah berkenaan susulan terbongkarnya ribuan dokumen dan e-mel pada minggu lalu, sehari selepas beliau terselamat daripada undi tidak percaya pemimpin tertinggi partinya sendiri.

Ia sekali gus memberikan lebih tekanan terhadap skandal yang membelenggu Zuma. Akhbar Sunday Times Afrika Selatan, melaporkan beberapa sumber mendedahkan keluarga Gupta dikatakan membeli sebuah kediaman mewah.

Hartanah itu berharga 330 juta rand (AS$25 juta) dan terletak di pinggir bandar Dubai untuk kegunaan selepas persaraan.

Namun, akhbar berkenaan tidak menyatakan nama sumber namun difahamkan sumber adalah dalam kalangan mereka yang rapat dengan Zuma termasuk ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kanan Kongres Kebangsaan Afrika.

Keluarga Gupta yang mempunyai kontrak perniagaan dengan syarikat milik Afrika Selatan, menerusi jurucakapnya turut menyangkal semua dakwaan dilemparkan terhadap keluarga ahli perniagaan kaya-raya kelahiran India itu.

“Presiden Zuma tidak memiliki apa-apa harta di luar Afrika Selatan dan beliau juga tidak meminta sesiapa pun untuk membelikan harta di luar negara untuk beliau,” menurut kenyataan pejabat Presiden.

Malah ia menyifatkan laporan Zuma konon memiliki ‘istana’ di Dubai adalah rekaan semata-mata. Jelas kenyatan itu lagi, presiden juga tidak menerima atau melihat sebarang e-mel sebagaimana yang dilaporkan. – BERNAMA

Tags: Afrika Selatanistana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd