Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Ku Li Tetap Beri...

PENGERUSI Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tetap akan tetap memberi...

Copa America: Peru Ke...

PORTO ALEGRE - Peru melangkah ke final Copa America untuk bertemu tuan rumah,...

Jawatankuasa Khas Banteras Jenayah...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan sebagai agensi khas bagi...

Kapal Sah Lian Belum...

KUCHING - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) masih belum dapat mengesan kapal kargo...

Perdana Menteri Kutuk Serangan Di London

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan pengganas di London yang berlaku awal pagi tadi.

“Serangan keganasan yang dahsyat di London. Saya berasa terkejut dan jijik. Malaysia mengutuk tindakan kejam dan kami berdiri dengan rakyat Britain,” kata beliau menerusi akaun Twitternya.

Dalam kejadian pada awal pagi itu, sekurang-kurangnya tujuh orang dikhuatiri maut dalam dua serangan iaitu di Jambatan London dan Pasar Borough disahkan oleh polis sebagai angkara pengganas.

Di Pasar Borough, tiga penyerang yang bertindak menikam beberapa orang di kawasan pasar itu bagaimanapun berjaya ditembak mati oleh pihak polis.


Menurut Ketua Antikeganasan Britain, Mark Rowley kesemua suspek yang ditembak itu memakai jaket bunuh diri palsu.

“Suspek memakai apa yang kelihatan seperti jaket bahan letupan tetapi kemudiannya kami dapati ia adalah palsu, ” katanya dipetik laporan AFP. – MYNEWSHUB.CC

Kategori