• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Minta Siasat Kekayaan Keluarga Dr Mahathir

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang anggota akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu kekayaan keluarga pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu dibuat oleh Anggota Jawatankuasa PPBM Bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di sini.

“Siasatan ini perlu bagi rakyat tahu sama ada Dr Mahathir ini seorang pemimpin bersih atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan di pejabat  SPRM Selangor.

Katanya beliau membuat laporan itu berikutan pelbagai soalan diajukan oleh anggota peringkat akar umbi mengenai isu kekayaan anak-anak Dr Mahathir, namun pihaknya tidak diberikan penjelasan secukupnya mengenai dakwaan itu sehingga hari ini.

Mohamad Ashraf yang mendakwa beliau bertanggungjawab membawa masuk ribuan anggota ketika PPBM ditubuhkan berkata, pihaknya pernah bertemu anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz  bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu kekayaan tersebut, namun mendakwa tidak diberikan ruang secukupnya untuk berbuat demikian.

Menurutnya kepercayaan beliau terhadap kepimpinan Dr Mahathir kini terhakis berikutan dakwaan itu.

– BERNAMA

Tags: PPPMSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd