• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pasal Apa Nak Letak Jawatan, Bukan Saya Salah”

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Holding Bhd., Tan Sri Isa Samad mempersoalkan gesaan yang dibuat oleh Datuk Mohd. Puad Zarkashi kepadanya dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad untuk meletakkan jawatan.

Gesaan tersebut dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut susulan daripada kemelut yang melanda anak syarikat Felda itu yang dilihat semakin meruncing.

Isa dalam satu sidang media hari ini berkata, mempersoalkan mengapa gesaan itu dibuat ke atasnya sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Pasal apa nak letak jawatan, bukan saya yang salah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyambut baik lantikan Datuk Sri Idris Jala yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn. Bhd. sebagai pihak berkecuali untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian.

“Ia adalah sesuatu yang baik, ia tindakan yang baik,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Idris sebagai pihak berkecuali untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan penggantungan CEO, CFO dan dua yang lain itu.

Pihak-pihak relevan telah bersetuju dengan pelantikan Idris iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha.

Kelmarin, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria dan Ahmad Tifli untuk bercuti. Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FGVIsa Samadkemelutletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd