• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Kegiatan Kumpulan Samun Bersenjata

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan samun bersenjata yang merompak sebuah kedai serbaneka di Bintulu pada awal bulan ini dengan tertangkap empat suspek pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, keempat-empat suspek ialah lelaki warga tempatan berusia 16 hingga 32 tahun ditangkap pukul 12.30 tengah malam tadi dan mereka mengaku melakukan samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka pada 7 Jun di Tanjung Kidurong di Bintulu.

“Salah seorang suspek yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Chevrolet Colorado telah ditahan kerana dalam keadaan mencurigakan tengah malam tadi dan hasil soal siasat suspek mengaku melakukan kegiatan samun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek tersebut turut mendedahkan identiti tiga rakan sejenayahnya dan tangkapan dilakukan di tiga lokasi berbeza untuk menangkap ketiga-tiga suspek itu.

“Antara barang dirampas semasa serbuan dilakukan ialah kenderaan pacuan empat roda,sembilan kotak rokok jenama Pall Mall Merah dan seunit telefon bimbit pintar,”katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd