• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terengganu Rampas Mercun Lebih RM60,000

oleh Ahmad Albab
17/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Polis Terengganu merampas mercun dan bunga api bernilai RM65,300 dalam tempoh tiga minggu bulan Ramadan melibatkan 28 rampasan di enam buah daerah di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata dalam rampasan terbabit, seramai 22 individu berjaya ditahan.

Katanya daerah Kuala Terengganu merekodkan rampasan tertinggi menerusi 10 rampasan membabitkan nilai RM33,900 dan tujuh tangkapan.

“Ini diikuti daerah Marang dengan lapan rampasan melibatkan RM10,200 dan lapan tangkapan, manakala Besut, satu rampasan bernilai RM10,000 dan satu tangkapan, dua rampasan berjumlah RM2,900 dilakukan di Hulu Terengganu dengan satu tangkapan.

“Daerah Dungun sebayak tiga rampasan bernilai RM5,000 dan tiga tangkapan dibuat, manakala daerah Kemaman sebanyak RM3,300 bahan terlarang itu telah dirampas menerusi empat rampasan serta dua tangkapan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Batu Rakit, awal pagi tadi.

Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Aidi berkata stok mercun dan bunga api itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk edaran sepanjang Ramadan ini dan majoriti individu yang ditahan adalah peniaga baharu.

“Kita akan terus melakukan pemantauan dan risikan bagi menyekat kemasukan bahan-bahan terbabit yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang ramai,” katanya.

Kesemua mereka yang ditahan berusia sekitar 24 hingga 40 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau berkata sepanjang Ramadan ini, pihaknya turut melakukan sebanyak 629 rondaan di kawasan masjid di seluruh Terengganu bagi mencegah orang ramai bermain mercun di kawasan itu sehingga mengganggu jemaah melakukan ibadat. – BERNAMA

Tags: mercunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd