• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Lebih 4kg Heroin Di Langkawi

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Langkawi mencatatkan rampasan terbesar heroin tahun ini yang dianggarkan seberat 4.066 kilogram, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata dadah itu ditemukan dalam sembilan paket plastik yang disembunyikan di dalam bonet kereta milik seorang lelaki berumur 26 tahun yang diberkas sebelum itu kerana disyaki mengedar dadah.

Katanya lelaki berkenaan merupakan antara empat suspek berumur antara 26 dan 35 tahun yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kediaman di Kampung Sungai Batu, Bukit Malut di sini pada 2.00 pagi ini.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan 24 paket plastik mengandungi dadah disyaki syabu seberat 97.5 gram, 10 paket lagi mengandungi dadah disyaki heroin seberat 37 gram dan 170 biji pil disyaki Erimin 5 (pil khayal),” katanya dalam sidang media di sini.

Suspek utama kes itu kemudiannya membawa pasukan polis ke sebuah kereta yang diparkirnya di sebuah rumah di Kampung Kuala Teriang di sini, di mana dadah jenis heroin dalam jumlah yang lebih besar itu disembunyikannya.

Che Ghazali berkata polis turut merampas wang tunai RM7,500 berkemungkinan adalah hasil jualan dadah selain mendapati keempat-empat suspek positif dadah dalam ujian saringan awal yang dibuat

Kesemua suspek kini direman sehingga 24 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, 1952, manakala rampasan wang tunai dibuat di bawah Seksyen 4, Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta), 1988.

Beliau berkata peningkatan pemantauan kegiatan mengedar dan menyalahgunakan heroin di Langkawi sudahpun bermula selepas statistik terbaharu Polis Kontinjen Kedah mendapati jumlah kes melibatkan dadah jenis itu di pulau ini adalah yang tertinggi di seluruh negeri.

“Gerakan Jihad Perangi Dadah yang dimulakan sejak dua tahun lepas berjaya mengurangkan kegiatan dadah jenis methamphetamine dan sebagainya kini akan ditumpukan untuk memerangi penyalahgunaan heroin,” katanya. – BERNAMA

Tags: heroinSupt Dr Che Ghazali Che Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad Bola Sepak Wanita Jalani Latihan Akhir KL2017

Next Post

77,242 Saman Sejak Awas Dilaksanakan – Liow

Related Posts

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

13/05/2024
1

Taiping : Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar 21.03...

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

20/04/2023
0

Alor Setar : Polis Kedah menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM214,288 dalam dua serbuan berasingan pada...

Next Post

77,242 Saman Sejak Awas Dilaksanakan - Liow

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd