• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas Mercun Bernilai RM10,000

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM10,000 dalam satu serbuan di pangkalan haram Aziz, Kampung Derdap di sini, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor ASP Ahmad Amri Abd Rahman berkata rampasan dilakukan pada pukul 9.30 malam selepas intipan dilakukan selama dua jam di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, beberapa lelaki sedang leka memunggah sesuatu daripada bot enjin galah ke dalam sebuah kereta yang diletakkan di tebing Sungai Golok (yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan),” katanya kepada pemberita di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Ahmad Amri berkata semua suspek bertindak melarikan diri menggunakan bot enjin galah berkenaan ke Thailand selepas menyedari kehadiran anggota PPM.

Katanya pemeriksaan menemukan sebuah kereta yang penuh dengan muatan 102 kotak pelbagai jenis mercun dan 1,260 batang mercun roket yang dipercayai cuba diseludup dari negara jiran itu.

Semua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.

Beliau berkata rampasan tersebut merupakan kejayaan kedua pasukan itu dalam mengekang aktiviti penyeludupan mercun selepas serbuan pertama di Pasir Puteh Isnin lepas.

“Kita percaya aktiviti penyeludupan mercun ini akan terus dilakukan sepanjang bulan puasa bagi memenuhi permintaan dan pasaran tempatan menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Sehubungan itu katanya, anggota PPM akan mempertingkatkan rondaan bagi memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan di Kuala Tak bai sehingga ke Kubang Pak Itam di sini dapat dibendung.

Ahmad Amri berkata PPM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd