• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis mungkin menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan siasatan kes berkenaan.

“Sehingga hari ini tiada tangkapan terbaru, tangkapan masih kekal 36 orang membabitkan 32 penuntut dari UPNM dan bakinya penuntut Uniten (Universiti Tenaga Nasional).

“…dan buat masa ini proses siasatan masih lagi berjalan, sekiranya perlu untuk tahan individu lain yang kami percaya mempunyai kaitan (dengan kes ini) kami akan tahan namun ia bergantung pada perkembangan siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga dalam proses merakamkan keterangan beberapa saksi kes tersebut termasuk doktor yang merawat mangsa bagi melengkapkan siasatan.

Mengulas mengenai dakwaan Zulfarhan Osman didera kerana mencuri komputer riba milik penuntut lain, Abdul Samah berkata setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung kecurian komputer riba itu daripada pemiliknya.

“Tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh penuntut ataupun pemilik berhubung kehilangan komputer riba itu…sekiranya ada sila lapor kepada kami (polis).

“Begitu juga dakwaan terdapat kes buli dan dera membabitkan penuntut UPNM sebelum ini, apa yang saya boleh sahkan ini kes pertama yang dilaporkan kepada kami,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, kira-kira 10 malam, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis mereman 36 penuntut UPNM dan Uniten berusia 20 hingga 21 tahun selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: UPNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd