• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Serbu Pusat Judi, Tahan 2,348 Individu

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan 2,348 individu dalam 388 serbuan yang dijalankan ke atas premis perjudian dalam talian di seluruh negeri bermula 1 Jun hingga Sabtu lepas (10 Jun).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata daripada jumlah itu, 413 adalah penjaga premis manakala 1,935 lagi merupakan pelanggan pusat perjudian tersebut.

Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 64 tahun, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata polis turut merampas 316 tablet, 2,835 komputer, 4,032 komputer riba serta wang tunai berjumlah RM159,995 dan mata wang Singapura $1,390.

Kamarul Zaman berkata kesemua premis itu didapati tidak mempunyai lesen.

“Sehingga kini, hasil operasi agresif polis nampaknya judi dalam talian ini telah berkurangan dengan drastik, namun masih ada lagi yang cuba beroperasi secara curi-curi seperti pada lewat malam.

“Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti itu agar segera melaporkannya bagi membolehkan kita melakukan siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd