• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 4 Lelaki Cuba Samun Kedai Emas

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis kini memburu empat lelaki yang terlibat dalam cubaan menyamun sebuah kedai emas di Seksyen 18 di sini dalam kejadian 2.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata ketika kejadian terdapat seorang pekerja wanita yang berada di kaunter apabila tiba-tiba dua lelaki meluru ke dalam kedai dan cuba memecahkan cermin meja pameran yang menempatkan barang kemas menggunakan tukul.

“Dua lelaki terbabit cuba mengambil emas di meja itu namun mungkin disebabkan cermin tebal dan berkualiti mereka tidak berjaya.

“Kemudian seorang daripada suspek di luar kedai telah melepaskan beberapa das tembakan ke udara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shafien berkata tidak lama kemudian dua lagi suspek yang menunggu di luar masuk ke dalam kedai untuk mendapatkan emas di dalam meja pameran namun mereka turut gagal.

Keempat-empat suspek terbabit yang memakai helmet kemudian melarikan diri dengan dua buah motosikal selepas menyedari orang di luar kedai semakin ramai, katanya.

Menurut Shafien ketika kejadian tiada pelanggan dan pengawal keselamatan berada di dalam kedai.

Pekerja itu juga tidak dicederakan, katanya.

“Pihak kami kini sedang mengesan kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya. – BERNAMA

Tags: kedai emassamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd