Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Anjing Disiram Air Dan...

KEJAM. Seorang pemilik anjing telah melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap anjing...

Ahli Parlimen Batu Ditahan...

POLIS menahan dua lelaki termasuk Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran kerana melanggar arahan...

Aidil Zafuan Dah Hilang...

NAMPAKNYA 'drama' melibatkan pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan mungkin akan...

Sabah Juara Piala Agong...

KUALA LUMPUR - Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018...

PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu akur dengan desakan pembangkang supaya menyiasat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan Sarawak Report beliau menerima dana RM9.5 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, ia kerana portal berita negara asing kendalian Clare Rewcastle Brown itu merupakan satu portal yang bertujuan meniup pembohongan bagi menghasut pemikiran rakyat Malaysia dengan berita-berita palsunya.

“Mereka didapati menggunakan gambar yang sudah diedit menggunakan perisian komputer supaya ia kelihatan membawa imej buruk kepada Perdana Menteri Malaysia padahal gambar sebenar ialah gambar yang berbeza.

“Penipuan menggunakan suntingan gambar adalah strategi tanpa nilai moral dan etika serta berniat jahat ke atas pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramesh menjelaskan, gambar oleh Sarawak Report memaparkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor seakan-akan sedang memilih barang kemas di sebuah kedai barang kemas di India ketika Najib dan isteri dalam lawatan kerja di negara berkenaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati gambar itu sebenarnya adalah gambar pelancaran Projek Taman Tugu yang dirasmikan oleh Najib sebelum ini dan disunting dengan niat untuk memfitnah Najib serta menghasut pemikiran rakyat Malaysia supaya membenci kerajaannya.

“Gambar kedai emas berkenaan pula ada gambar sebuah kedai emas di Dubai yang diambil dari Getty Images hasil carian menggunakan Google. Jika Sarawak Report menggunakan cara seperti ini untuk kononnya memperjuangkan kebenaran, portal itu terbukti hanya sebuah laman web sampah yang tidak ada nilai dari segi berita, artikel dan laporannya,” katanya.


Ramesh berkata, beliau percaya Sarawak Report akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mencipta dokumen palsu, membuat tuduhan tanpa bukti dan mencipta bukti yang tidak benar untuk memperlihatkan seakan-akan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam perbuatan salah.

“Dakwaan Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta dengan dokumen yang disertakan dengan bukti yang mencurigakan juga tidak perlu dilayan kerana ia hanya dibuat berdasarkan khabar angin dan tidak dibuktikan dengan betul.

“Ketua Polis Negara pun sudah jemput Clare datang ke Malaysia membuktikan kebenaran dakwaan yang dibuat, tapi kenapa Clare enggan datang dan menolak cadangan itu.

“Dia sudah pasti bimbang akan ditahan sekiranya gagal mengemukakan bukti dan asas kukuh menuduh Najib dengan tuduhan jahat seperti itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori