• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar Mahkamah Kes Seksual Kanak-Kanak

oleh
22/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini, akan mengendalikan kes pertama pada 4 Julai ini.

Penubuhan mahkamah itu tercetus daripada idea Perdana Menteri sendiri yang diumumkan ketika beliau berucap pada Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak di Kuala Lumpur, Mac lalu.

Mahkamah khas berkenaan bukan sahaja menjadi mahkamah pertama seumpamanya diwujudkan di negara ini, malah yang pertama di Asia Tenggara.

Ia diwujudkan bertujuan mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, buat permulaan, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman Putrajaya ini akan mendengar kes-kes yang berlaku di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata, penubuhan mahkamah khas ini nanti akan diperluaskan secara berperingkat kepada semua 13 buah negeri di seluruh Malaysia.

“Semestinya, mahkamah ini akan dikendalikan oleh seorang Hakim Kanan Mahkamah Sesyen yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan.

“Bukan itu sahaja, malah mahkamah ini akan turut mempunyai pendakwa raya yang memiliki kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ini berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada, yang mana mengendalikan kes di mana pelaku jenayahnya adalah kanak-kanak.

“Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang baharu ditubuhkan ini adalah untuk membicarakan kes jenayah seksual, di mana mangsanya adalah kanak-kanak,” katanya.

Berdasarkan perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 5,779 kes jenayah seksual kanak-kanak direkodkan dari 2010 hingga 2015 dengan purata 963 kes sepanjang tahun.

Manakala polis pula merekodkan 2,759 kes rogol kanak-kanak, sumbang mahram (412), cabul (1,423) dan seks luar tabii (422) antara 2015 dan 2016 melibatkan mangsa umur bawah 18 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proton Bakal Keluarkan SUV Usaha Sama Geely

Next Post

Pasar Tani Aidilfitri Dijangka Raih RM400,000

Related Posts

Tunku Ismail Mahu Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Ditangani

12/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dipandang serius dan ditangani....

Suspek Kes Jenayah Seksual Budak Dikenali Mangsa

09/11/2018
0

SHAH ALAM – Kebanyakan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor pada tahun ini melibatkan suspek yang dikenali...

Next Post

Pasar Tani Aidilfitri Dijangka Raih RM400,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd