• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Tawar Rebat Tol Hingga 30% Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Rebat tol tersebut bakal dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer di semua lebuh raya kendalian PLUS selama enam hari iaitu pada 19, 20, 21, 28, 29 Jun dan 3 Julai ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata penawaran rebat 30 peratus adalah untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles sebagai tanda menghargai kesetiaan pemegang kad itu.

Rebat 10 peratus pula diberikan untuk semua transaksi elektronik lain termasuk pengguna kad Touch ‘n Go pada tarikh-tarikh tersebut.

“Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan dan pada masa sama, menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Azman, tawaran itu juga bertepatan dengan pelaksanaan transaksi tol 100 peratus elektronik yang telah dilaksanakan di semua lebuh raya kendalian syarikat itu sejak 26 April lepas.

Beliau berkata pada tarikh-tarikh itu, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa tetapi rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go atau PLUSMiles dalam bentuk tambah nilai apabila pengguna menambah nilai kad mereka antara 15 Julai hingga 14 Oktober 2017 di pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Rebat itu bagaimanapun tidak meliputi transaksi di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

Selain itu, Azman berkata PLUS juga telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan terutamanya pada hari puncak iaitu antara 21 hingga 3 Julai ini.

“TTA memainkan peranan yang penting dalam mengagihkan trafik di lebuh raya. Apabila orang ramai mematuhi jadual perjalanan ini, ia dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama,” katanya.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.7 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan setiap hari sempena Aidilfitri.

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps atau menghubungi talian PlusLine 1800-88-0000. – BERNAMA

Tags: PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd