• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT Tersingkir Di Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACOLOD, FILIPINA – Johor Darul Ta’zim (JDT) tersingkir di separuh akhir Piala AFC selepas tewas 2-1 kepada Ceres Negros pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Panaad Park.

Walaupun terikat secara agregat 4-4, kelab Filipina itu mara ke final zon ASEAN berdasarkan jaringan di tempat lawan ketika tewas 2-3 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada perlawanan pertama.

Ceres Negros mendahului babak pertama menerusi jaringan Kota Kawase pada minit ke-26 yang bermula dari sepakan percuma.

Kawase yang tidak dikawal rapi hanya perlu menghulurkan kaki untuk menguis bola melepas penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, JDT mula meningkatkan rentak permainan dan menyamakan kedudukan menerusi Gabriel Guerra pada minit ke-65.

Ketika permainan seakan berpihak kepada JDT, insiden minit pertama masa kecederaan mengubah nasib kedua-dua pasukan apabila Ceres Negros dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil selepas Aidil Zafuan Abd Radzak dipersalahkan kerana menarik pemain lawan.

Walaupun cuba dibantah pemain JDT, terutamanya penjaga gol, Farizal yang seakan enggan menerima keputusan berkenaan, Fernando Rodriguez tampil menyempurnakan sepakan untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Keadaan semakin hangat apabila Farizal gagal mengawal kemarahan dan menolak pengadil serta penjaga garisan sehingga dibuang padang. Ceres Negros terus mempertahankan kedudukan sehingga tamat permainan untuk menyingkirkan JDT. – Berita Harian

Tags: Piala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Walau Digelar Hantu, Gadis Albino Kini Jadi Model

Next Post

Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup

Related Posts

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

Next Post

Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd