Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Nama Anak Unik, Syatilla...

AKTRES Syatilla Melvin akui tidak ambil pusing langsung apabila para netizen mempertikaikan nama...

Polis Belum Terima Permohonan...

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima permohonan penganjuran Debat Perdana antara bekas Perdana...

Tiada Jamuan Dalam Mesyuarat...

PUTRAJAYA - Selama ini tiap kali ada mesyuarat kerajaan tidak kira apa jenis...

Fokus Dahulu Yang Mahu...

JOHOR BAHRU - "Kita selesaikan dahulu mereka yang nak dapatkan vaksin, selepas itu...

Perempuan Transgender Kini Hamil 4 Bulan

DILAHIRKAN sebagai perempuan tapi sibuk nak jadi lelaki. Bila dah jadi lelaki, sibuk pula nak beranak. Inilah yang berlaku kepada seorang transgender, Kaci Sullivan, 29, yang kini sedang mengandung anak kedua, iaitu kira-kira empat tahun selepas melalui proses untuk menjadi lelaki.

Anak pertamanya. Grayson yang berusia lima tahun, dilahirkan ketika Kaci masih perempuan.

Kini Kaci, yang berasal dari Wisconsin, sedang mengandung empat bulan hasil hubungannya dengan teman lelakinya, Steven.

Dia mengandung selepas berhenti daripada mengambil pil hormon atas faktor kesihatan. Dengan wajahnya yang dipenuhi jambang, sukar untuk percaya dia sedang mengandung.

Kaci mengakui seperti ibu bapa lain, dia berdebar-debar apatah lagi berlaku perubahan badan namun dia tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi itu.

“Saya memuatnaik video setiap minggu di media sosial dan sejak kali pertama, saya menerima beribu-ribu soalan dan mesej tahniah daripada orang ramai,’’ katanya yang mula mengetahui mengenai komuniti transgender sejak berusia 18 tahun.


Ketika berusia 19 tahun, Kaci masih hidup sebagai wanita dan dia bertemu dengan bekas suaminya pada Julai 2011. Selepas melahirkan anak sulungnya, Kaci mula menyedari dia tidak boleh menyembunyikan keinginan menjadi lelaki.

Dia kemudiannya bertukar menjadi transgender dan berpisah dengan suaminya. Pada Mei 2013, Kaci mula mengambil pil hormon lelaki.

Kaci bertemu dengan kekasihnya Steven pada 2014. – MYNEWSHUB.CC

Kategori