• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang Penolong Pegawai Veterinar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap empat pertuduhan menerima suapan bernilai RM35,000 daripada seorang kontraktor di antara Ogos 2013 dan April 2014.

Ketua Unit Ruminan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor Mohd Razi Basar, 40, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Razi yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai Pegawai Projek Pembekalan di Jabatan Veterinar Johor, didakwa menerima sekeping cek bernilai RM5,000 dan RM10,000 daripada kontraktor berkenaan Sarjuni Kariani tanpa sebarang balasan.

Ia bagi membantu Sarjuni mendapatkan kerja membekal dan menghantar 10 pejantan dan 50 ekor betina kerbau baka sawah kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Belahan Tompok, Rengit, dekat Batu Pahat, pada 1 Ogos dan 22 Okt 2013.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Razi didakwa menerima sekeping cek untuk dirinya bernilai RM17,000 di atas nama isterinya, Suriana Abdul Karim, tanpa sebarang balasan daripada Sarjuni di alamat sama pada kira-kira 8.30 malam, 21 Jan 2014.

Penerimaan cek itu diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya iaitu sebagai pegawai yang bertanggungjawab memperaku penerimaan barang-barang bagi kerja membekal dan menghantar lima unit tangki air plastik bergerak kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd Razi didakwa menerima sekeping cek untuk dirinya bernilai RM3,000 atas nama Suriana daripada Sarjuni di alamat sama pada kira-kira 9 malam, 10 April 2014.

Penerimaan cek itu diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya iaitu pegawai yang bertanggungjawab memperakukan penerimaan barang-barang bagi kerja menghantar 340 beg makanan ternakan kambing dan membekal 10 unit pagar cyclone kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor serta membekal bahan-bahan binaan untuk membaikpulih kandang lembu di Batu Pahat.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, Mohd Razi didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

​​Peguam M.Manian memohon mahkamah menetapkan wang jaminan yang munasabah dengan alasan tertuduh mempunyai seorang isteri, tiga anak berumur dua hingga tujuh tahun selain tertuduh memberi kerjasama berhubung siasatan kes berkenaan.

Hakim Mohd Fauzi membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin dan perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Pendakwaan terhadap Mohd Razi dikendalikan Timbalan Pendakwa SPRM Khazrin Haffiz Khalil dan mahkamah menetapkan 26 Julai depan untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Perikanan Tahan 26 Bot, Alat Tangkap Ikan

Next Post

Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd