• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Roti John Reda, Tenang Saat Barang Disita

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CERITA penjaja mengamuk apabila barang peniagaan dirampas dan disita oleh pihak berkuasa tempatan boleh dikatakan sesuatu yang normal.

Namun, berbeza pula pada brader menjual Roti John Madu Pak Udin ini yang kelihatan reda dan seolah-olah merelakan barangan niaga untuk bulan Ramadan dirampas pihak berkuasa.

Sebuah video yang dirakam brader itu ketika operasi rampasan itu berlaku turut menjadi tular di laman media sosial.

“Silalah ambillah… saya reda je dengan keadaan yang ada. Saya tak mencuri pun. Kalau tuan-tuan nak ambil, saya nak buat macam mana. Tuan-tuan petugas, saya tahu,” luahnya.

Pada masa yang sama, brader tersebut kelihatan cuba berunding agar tong gasnya tidak diambil tetapi tidak diendahkan sebaliknya mengundang kemarahan pihak penguasa yang tidak benarkan tangannya disentuh.

Dalam video itu, brader tersebut turut menyatakan dia meniaga kerana Allah SWT dan akan tetap meneruskan perniagaannya itu.

Menurut brader ini, hanya gerainya sahaja yang disita manakala gerai lain tidak diambil sebarang tindakan.

Pada masa yang sama, dia turut mendedahkan bahawa gerainya disita kerana ada individu yang dengki terhadap peniagaanya dan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, ini berlaku pada hari Ramadan yang ke-19.

Sementara itu, turut tersebar sebuah lagi video sambungan gerai roti john itu di mana brader tersebut telah kembali membuka gerainya pada keesokan hari selepas disita.

Menerusi video kedua itu, brader tersebut memberitahu dia sebenarnya turut memiliki sebuah restoran makanan yang terletak berhadapan dengan gerainya.

Brader terbabit turut mempersoalkan mengapa gerainya sahaja yang dikenakan tindakan sementara gerai lain dibenarkan meniaga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: peniagaramadanviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd