• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah

oleh
27/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana menjual zakar biawak menerusi laman jualan atas talian dengan menamakan anggota tubuh haiwan eksotik itu sebagai akar pokok nadir.

Media India melaporkan, suspek warga tempatan itu dipercayai memperdagangkan batang kemaluan daripada spesies cicak gergasi tersebut yang turut dikenali sebagai monitor lizard atau nama saintifiknya Varanus varius.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kalki Krishnan mendakwa objek yang dijualnya itu konon boleh membawa tuah kepada pembelinya, menurut pegawai Jabatan Perhutanan India yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Berita penangkapan suspek itu muncul selepas beberapa hari pihak penyiasat India dan British dalam kenyataan bersama mengesahkan penemuan sindiket penipuan perniagaan Internet yang jual anggota sulit biawak tersebut.

Produk ajaib itu dirujuk sebagai Hatha Jodi dan suspek ditahan di negeri Madhya Pradesh. Cicak gergasi tersebut merupakan spesies haiwan terancam yang dilindungi oleh pihak kerajaan di bawah Akta Hidupan Liar India.

“Kami buat banyak rampasan dan hantar zakar biawak ini terus kepada makmal awam untuk ujian lanjut. Kami akan dapat perintah mahkamah untuk tahan suspek bagi menjalani siasatan,” kata pegawai perhutanan, H.V Girish.

Selain anggota kemaluan, bebarapa item dipercayai daripada binatang buas yang lain turut disita daripada Kalki, kata jurucakap Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar India kepada akhbar berpengaruh The Hindustan Times.

Harga ditawarkan adalah pelbagai daripada serendah 387 rupee kepada 4,063 rupee (kira-kira RM26 sehingga RM270) bagi pembelian dalam India manakala 16,382 rupee (sekitar RM1,090) untuk tempahan dari luar negara.

“Cicak gergasi ini dipercayai ditangkap secara haram dari kawasan hutan tebal, kemungkinan dengan menggunakan perangkap atau jerat buatan sendiri. Ada yang dipotong kerongkong atau tengkorak dihancurkan.

“Ini untuk membolehkan alat kelamin haiwan tersebut mudah dapat dikeluar dan digunakan sebagai Hatha Jodi,” kata Neil D’Cruze dari Badan Perlindungan Haiwan Dunia dalam satu kenyataan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BiawakCICAKzakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

9 Makanan Untuk ‘Tegang’ Yang Memuaskan

28/04/2020
0

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki untuk memuaskan pasangan mereka. Bagi yang beragama...

Budak Nyaris Maut, Kejar Cicak Punya Pasal

13/02/2019
0

BANGKOK - Seorang budak perempuan berusia empat tahun nyaris maut apabila terjatuh dari bumbung sebuah hospital di Thailand, namun bernasib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd