• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Bazar Ramadan Wajib Pamer Tanda Harga

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Para peniaga yang menjalankan perniagaan di tapak bazar Ramadan di seluruh Selangor diwajib mempamerkan tanda harga bagi setiap barangan yang dijual.

Ketua Seksyen Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Basarudin Mohiyudin berkata, tidak ada pengecualian diberikan kepada golongan peniaga walaupun kebanyakannya hanya menjalankan aktiviti itu pada bulan Ramadan.

Beliau berkata peraturan mempamerkan tanda harga itu melibatkan semua peniaga termasuk yang menjual kuih-muih, lauk-pauk dan barang makanan lain seperti ikan dan ayam.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen ‘#janganlebihlebih’ peringkat negeri di bazar Ramadan Seksyen 13 di sini hari ini, Basarudin berkata peniaga yang masih berdegil akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.

“Bermula 27 Mei lepas sehingga hari ini, KPDNKK telah melakukan pemeriksaan ke atas 1,831 gerai bazar di 50 lokasi di negeri ini termasuk sekitar Shah Alam, Gombak, Petaling Jaya dan Kuala Selangor dengan 30 peniaga diberi amaran kerana kegagalan mempamerkan tanda harga,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah mengedarkan risalah kepada peniaga bazar supaya mematuhi arahan yang digariskan KPDNKK mengikut Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 berhubung kempen #janganlebihlebih itu.

Katanya, kempen yang diadakan sempena bulan Ramadan itu juga bertujuan menyedarkan orang awam supaya bersederhana dalam berbelanja serta bijak membuat pilihan. – BERNAMA

Tags: KPDNKKPeniaga Bazar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bazar Diingat Tidak Naik Harga Melampau

28/03/2022
0

KUALA TERENGGANU : Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan harga juadah secara melampau hingga membebankan pengguna....

EVENZ RAMADHAN KAREEM – Menambah Meriah Ramadan Kali Ini!

21/04/2020
0

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada rakyat Malaysia. Mana-mana peniaga, atau ada kenalan peniaga, jom daftar dalam aplikasi ini sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd