Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Titah Tukar...

JOHOR BAHRU – Majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat...

2 Rumah Terbakar, 20...

SIBU - Seramai 20 orang daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua...

Ubat Gigi Bersihkan Kerak...

LONDON - Ubat gigi bukan sahaja membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bau...

Siap Baik Pulih 52...

LIPIS - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membaiki 52 buah rumah...

Pengering Rambut Sebagai Perangkap Had Laju

SEORANG nenek yang bimbang dengan kenderaan yang dipandu laju di depan rumahnya telah menggunakan pengering rambut untuk `menakutkan’ pemandu kereta yang memandu laju tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Jean Brooks, 64, akan berdiri di depan rumahnya dan menggunakan alat berkenaan seolah-olah `perangkap laju’ yang dihalakan ke arah pemandu.

Ia berjaya menakutkan pemandu apabila mereka akan memperlahankan kenderaan sebaik sahaja melihat perangkap had laju palsu itu.

Video rakaman Jean berbuat demikian telah menarik lebih 12 juta tontonan.

Jean memberitahu Notthingham Post bahawa semua itu bermula susulan kematian menantunya akibat satu tragedi.

Dia kemudiannya memulakan kempen mengutip sumbangan untuk Pusat Kanser Marie Curie dengan membuka kafe di depan rumahnya dan dari situ dia melihat bagaimana kenderaan dipandu dengan laju.


“Saya mengingati kata-kata kawan saya mengenai sesuatu yang didengarinya di Perancis di mana seseorang telah menggunakan pengering rambut dan dihalakan ke kenderaan. Jadi saya melihat ia sebagai sesuatu yang boleh dilakukan di sini,’’ katanya.

Menurut Jean, anaknya telah menghubunginya dan memberitahu dia telah menjadi viral.

“Saya mahu menjadikan jalan raya ini selamat untuk kanak-kanak dan saya membuat anak saya tersenyum,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori