• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM159,053.22 membabitkan dua pertuduhan.

Mohd Adnan Md Daud, 54, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan kepadanya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Kemas Selangor, didakwa menerima suapan RM73,000 daripada Sah Hizam Halim bagi melantik syarikat milik Sah Hizam iaitu Perniagaan Naluri Pertama menjalankan kerja membekal susu tepung kepada Tabika dan Taska Permata.

Tertuduh juga melantik syarikat Alpha Elite Resource yang juga milik Sah Hizam untuk menjalankan kerja membekal serbuk malt coklat kepada Tabika dan Taska Permata.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Alor Setar pada 14 Dis tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Adnan didakwa menerima rasuah berjumlah RM86,053.22 daripada Sah Hizam bagi melantik lima syarikatnya, iaitu Perniagaan Naluri Utama, One Blue Diamond Enterprise, Golden North Enterprise, Malbery Enterprise dan LD Dinamik Enterprise bagi kontrak pembekalan pelbagai barangan untuk Tabika.

Iaitu syarikat Perniagaan Naluri Utama mendapat kontrak membekalkan biskut jenama Jacob dan susu tepung ke Tabika.

Syarikat One Blue Diamond mendapat kontrak membekalkan makanan tambahan, syarikat Golden North membekalkan bijirin Koko Krunch jenama Nestle, Malbery Enterprise pula membekalkan biskut untuk Tabika.

Syarikat LD Dinamik pula mendapat kontrak membekalkan Koko Krunch dan makanan tambahan untuk Tabika.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu pada 7 Jan 2015 di Maybank Alor Setar.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin, bagaimanapun wakil kepada peguam tertuduh Abdul Hadi Ahmad memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh perlu menyara lapan anak, seorang daripadanya bayi berusia 55 hari.

Malah akaun bank tertuduh juga sudah dibekukan sejak lima bulan lalu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan dia diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 31 Julai sebagai tarikh sebutan kes. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mersing Destinasi Pelancongan Utama Serantau

Next Post

Melaka Bebas Penyakit Hawar Berdarah

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

Melaka Bebas Penyakit Hawar Berdarah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd