Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Ais Krim Renehan Sup...

KEBIASAANNYA, perisa aiskrim terdiri daripada rasa manis dan masam. Tapi apa rasanya apabila savori...

Pembangkang Cuba ‘Jual Minyak’,...

KOTA MARUDU – Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili...

Kini, Sesiapa Sahaja Boleh...

Kini sesiapa sahaja boleh membuka gereja: anda hanya perlu cari satu premis kosong,...

Najib: Hargai Pengorbanan Pasukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya bersama-sama menghargai...

Pengarah Filem Australia Didakwa Intip Di Kemboja

PHNOM PENH – Pengarah filem dari Australia, James Ricketson yang ditahan di bandar Phnom Penh 3 Jun lalu didakwa di Mahkamah Kemboja hari ini atas tuduhan melakukan pengintipan, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap mahkamah Ly Sophana berkata selepas melakukan siasatan, Pendakwa Raya Seang Sok mengenakan pertuduhan mengumpul maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara Kemboja.

Ia di bawah Artikel 446 Kanun Jenayah yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun. Pendakwa raya akhirnya meneruskan tindakan mahkamah terhadap James.

Di bawah artikel itu, perbuatan menerima atau mengumpul maklumat, proses, objek, dokumen, data, teknologi maklumat atau slip memorandum yang boleh melemahkan pertahanan negara dengan tujuan menyalurkan kepada negara asing atau ejen-ejennya.

Warga Australia itu ditahan oleh pihak berkuasa tempatan setelah didapati menerbangkan dron dilengkapi kamera tanpa kelulusan semasa perhimpunan parti pembangkang Kemboja, National Rescue Party berhampiran Istana Negara.


Ketika ditahan pihak berkuasa menuduhnya mengumpul maklumat untuk disalurkan kepada pihak luar negara tanpa mendapat kebenaran. – BERNAMA

Kategori