• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Motosikal WFM 7450 Sila Serah Diri!

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK motosikal dengan nombor pendaftaran WFM 7450 diminta supaya menyerah diri selepas terlibat dalam kes langgar lari seorang kanak-kanak lelaki di persimpangan sebuah pusat beli-belah.

Menurut pengguna Facebook, Ash Halip yang berkongsi detik cemas itu, insiden membabitkan anak kepada rakan baiknya itu berlaku di The Strand, Kota Damansara pada malam, 8 Jun lalu.

Ash Halip turut memuatnaik gambar kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali sebagai Rayfan dalam keadaan berbalut dan hidung berdarah serta nombor pendaftaran motosikal suspek yang tertanggal di lokasi kejadian.

Posting tersebut turut mendapat perhatian netizen yang bertindak menyebarkan gambar nombor pendaftaran motosikal suspek di laman Facebook mereka.

Pemilik Motosikal WFM 7450 Sila Serah Diri!

Nombor pendaftaran motosikal suspek yang dipercayai tertanggal di lokasi kejadian. Rata-rata netizen mengutuk tindakan suspek yang enggan bertanggungjawab itu.

Anizan Musa berkata: “Kurang ajar, dah langgar pi lari plak…eee geram betul.”

Zed Zabidi berkata: “Dah ada nombor plat boleh cari nanti… make sure buat report (polis) nanti.”

Sementara itu, Aiman Haikal berkata: “Done share.”

Netizen yang berang dengan suspek turut melakukan semakan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan motosikal tersebut.

Menerusi satu gambar mesej saman PDRM menunjukkan, motosikal tersebut mempunyai empat saman sehingga 8 Jun lalu.

Malah, insurans motosikal tersebut juga dipercayai sudah tamat tempoh. – mStar Online

Tags: kanak-kanaklanggar lari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd