Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Bapa Siar Aksi Bunuh...

BANGKOK - Seorang ayah tergamak mengantung anaknya dengan tali hingga mati sebelum bertindak...

Hantu Samseng Sri Lanka...

UMAT Islam di Sri Lanka masih lagi dihantui oleh kumpulan samseng dan golongan...

Azura Couture Gesa Erin...

PEREKA fesyen terkenal yang juga merupakan pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu...

Lee Chong Wei Bukan...

SELEPAS diduga dengan hukuman digantung menyertai perlawanan gara-gara sangkut kes doping, Datuk Lee...

Pembangkang Cuba ‘Jual Minyak’, Jangan Terperdaya

KOTA MARUDU – Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengingatkan pengundi supaya tidak terperdaya dengan janji-janji kosong pembangkang.

Beliau berkata kebelakangan ini, ahli-ahli politik bermusim dilihat melawat ke kampung-kampung dengan niat untuk memenangi hati rakyat.

Ongkili berkata ahli politik bermusim berkenaan cuba “jual minyak ” dan mengelirukan rakyat dengan memberikan janji-janji kosong.

“Perbezaan antara kami dengan mereka ialah kami ikhlas dalam menjalankan tugas kami. Kami pastikan yang kami tunaikan janji kami untuk pembangunan dan memastikan dana disalurkan untuk pelaksanaan projek-projek.


“Pembangkang hanya pandai menabur janji. Keikhlasan mereka boleh dipersoalkan,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sungoi Lama di sini, hari ini. Pada majlis itu Ongkili mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk naik taraf jalan, jambatan, dewan dan tandas di dua buah kampung – Kampung Bukit Lalang dan KampungMangaris.

Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ​turut mengarahkan supaya projek itu disiapkan dalam tempoh 60 hari. – BERNAMA

Kategori