• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AES LPT2 Dijangka Tingkat Keselamatan Pengguna

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di beberapa lokasi terpilih sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT2) dijangka mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pengguna lebuh raya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Rosli Othman berkata ketika ini kerja-kerja pemasangan kamera AES sedang dilaksanakan antaranya di Chukai, Kijal dan Paka.

“Ia adalah langkah kerajaan untuk memastikan pengguna LPT2 tidak memandu terlalu laju sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

Ia satu tindakan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati di sepanjang pemanduan, bukan hanya bertujuan untuk saman semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis berbuka puasa anjuran pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik di sini hari ini.

Ditanya sama ada AES itu akan beroperasi menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, beliau berkata ia bergantung pada tempoh pemasangan sistem itu.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana apabila siap, ia akan diuar-uarkan kepada orang ramai agar mereka lebih berwaspada ketika memandu di LPT2,” katanya.

Mengenai haiwan ternakan yang masih berkeliaran di LPT2 pula, Rosli berkata operasi penangkapan akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan rondaan pula dilakukan oleh syarikat pengendali lebuh raya.

“Baru-baru ini ada operasi yang telah dilakukan di Kijal dan hasilnya berjaya tangkap tiga ekor lembu tapi malangnya selepas tangkapan dibuat masih ada lagi lembu lain yang berkeliaran di kawasan tersebut dan operasi akan terus ditingkatkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: AESLPT2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd